confession of truth
just finished reading f-oner's blog..
reading his entry kinda remind of me when I was at school.
Back to school day, I never had any real and best friends.
Hanya sekadar kawan sahaja walaupun kami sekelas duduk di kawasan kejiranan yang sama.
Sepanjang hari aku bersekolah, timbul rasa cemburu dalam diri aku.
Aku rasa cemburu setiap kali aku lihat rakan sekelas seronok bersembang,
sedangkan aku tidak dan aku berseorangan sambil melakukan kerja-kerja biasa.
Setiap kali mengambil gambar, aku rasakan aku selalu tiada dalam gambar kenangan
walaupun hanya sekali.
Aku selalu melihat gambar kenangan aku sendiri, seolah-olah tiada dalam perasaan,
hanya kepura-puraan diri aku dengan kawan.
Aku tidak serapat dengan mereka, walaupun sama kelas, tetapi minat aku amat berlainan dengan mereka. Dan aku tidaklah sekamceng dengan mereka sangat.
Kalau sekadar perbincangan, aku gelak senyap-senyap saja.
Kalau aku gelak kuat-kuat, ntah apa mereka fikirkan akan diri aku.
Aku akui, aku memang jarang bercakap dan bersosial dengan orang lain.
Bila orang bercakap, aku sekadar mendiamkan diri dan aku tidak tahu apa hendak dicakapkan.
Aku takut mereka fikir aku ini orang pelik, maklum aku lebih kurang macam nerdy.
Kadang-kadang aku rasa cemburu setiap kali aku melihat dapat bersuka-ria dengan kawan-kawan sedangkan aku tidak.
Aku hanya berkurung di rumah dan aku ditegah keluar dari rumah tanpa ditemani oleh abang atau kakak atau ibubapa aku.
Pernah sekali aku bergaduh dengan ahli dahulu,
sehinggalah mereka terpaksa mengantung aku dan mengugurkan keahilan aku disebabkan mereka tidak tahan dengan sikap aku.
Aku rasa kesal akan perbuatan aku, setiap kali aku memfikirkan balik perbuatan aku dan aku selalu mengenalpasti apakah punca aku?
Rupa-rupanya, salah seorang ahli memberitahu bahawa aku jarang masuk mesyuarat dan ramai bertanyakan mengenai kehadiran aku dan mereka bercadang untuk mengugurkan aku.
Mulanya aku rasa marah, tetapi bila difikirkan balik, tiada guna aku terus bersama.
Aku amat sibuk dengan kehidupan seharian, maklumlah tahun itu aku baru sahaja masuk tingkatan 6, dan aku jarang online di komputer.
Kadang-kadang aku rasa cemburu akan mereka, kerana mereka sangat rapat antara satu sama,
lagipun mereka juga mempunya keluarga yang sangat menyokong sedangkan aku tidak.
Aku menetap di kawasan sangat yang jauh, jauh dari bandar.
Mustahil aku dapat berjumpa dengan mereka yang menetap di bandar besar seperti KL.
Aku rasa itulah sebab utama kekurangan komunikasi antara ahli-ahli dengan aku bergaduh antara satu sama lain. Kini aku jarang berjumpa dengan mereka.
Bukannya aku tidak suka atau benci, aku rasa lebih baik aku teruskan kehidupan aku sendiri.
Aku ada banyak perkara yang aku boleh buat untuk diri sendiri.
Berbalik kepada topik mengenai kawan sekolah,
aku akui, terlalu banyak budaya di kawasan sekolah.
Misalnya budaya mencarut, budaya memegang tangan tanpa muhrim dan sebagainya.
Aku tidak faham mengapa kaum Melayu lebih banyak mencarut daripada kaum- kaum lain?
Ada sahaja keluar ayat tidak sedap didengar seperti "babi, pukimak,wtf,fuck" dan lain.
Aku tidak faham mengapa mereka mengemar mencarut?
Adakan ayat sedemikian ini dianggap sebagai cool?
Bagi aku, ayat mencarut tidaklah secool mana pun, ayat ini merupakan ayat yang hina dan menghina seseorang, tidak kira sesiapa pun, sama ada Melayu, Cina mahupun India.
Bagi aku, aku tidak sekali menerima ayat itu.
Bak pepatah berkata,
mulut bisa, badan binasa.
Mencarut umpama bisa yang boleh menghancurkan keyakinan seseorang,
mahupun merosakkan akal fikiran tuan badan sendiri.
Manakala budaya memeluk, memegang tanpa hubungan yang muhrim,
aku langsung tidak boleh menerima.
Aku meluat melihat kawan sekelas aku suka sangat meraba, memegang, ataupun memeluk antara satu sama tanpa rasa malu. Ada yang meraba tangan, bahu, badan dan ada yang segan silu meraba dada sendiri sama ada lelaki atau perempuan.
Masya-Allah, aku terkejut dan meluat melihat perangai mereka. Terutamanya pelajar perempuan. Umur mereka sudah 19 tahun, masih lagi berperangai kanak-kanak. Mereka seolah-olah tidak matang dari segi pemikiran mahupun akal.
Ada antara mereka masih lagi mengamalkan sikap hipokrit, atau pun kepura-puraan.
Pakai tudung di sekolah ataupun majlis, tetapi amalkan dasar free hair di luar rumah.
Aku teringat apabila mak dan aku pergi ke pasar malam, aku tersempak melihat mereka di gerai makanan.
Rupa-rupanya, bukan main pakai tudung, free hair pula tu, dan pakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan dada yang montok dan punggung besar.
Setiap kali aku tegur mereka, siap balas kepada aku.
Katanya "awak pun sama dengan mereka, bajet baik tapi kolot dari segi akal.
Cubalah open minded sedikit! Awak tu dah kolot, ingat awak cantek sangat ke" dan blablabla.
Ada yang kata "walaupun aku ini free hair, pakai baju ketat, sembahyang aku full, awak bagaimana pula?"
Astargfirullah..
Siapa yang mengajar mereka dengan ayat ini? Tak sangka anak gadis kampung semakin jahil dalam agama.
Harap-harap mereka tarik balik ayat itu. Tetapi, sudah terlambat bagi mereka
Itu hal mereka antara Allah.
Aku hanya beri teguran, sebalik aku dapat cemuhan. Apa-apa pun, biarlah mereka tu.
Tetapi ada hikmahnya bagi orang yang tidak bersosial seperti aku :)
Aku tak terjebak dalam kerja maksiat sebagaimana kawan-kawan aku. Nasib baik aku dibesarkan dengan ibu bapa aku yang tegas dan alim. Aku tak pernah sentuh dengan lelaki masa di sekolah menengah. Aku tak penah sekali-sekali tanggal tudung setiap nak keluar rumah, lainlah kalau dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang jahil.
Aku rasa bersyukur kerana aku dilahirkan dalam keluarga yang baik dan mendidik aku sebagai anak yang baik.
Berbalik kepada topik,
aku terasa rindu zaman SPM dengan rakan-rakan baik aku.
Teramat sangat rindu dengan mereka.
Agak jarang berjumpa mereka semenjak mereka masuk ke alam University.
Terasa mahu buat parti reunion nanti.
Insya-Allah :)



















